My photo
saya begini dan saya bahagia .

Thursday, March 31, 2011

be strong ijan makio !

rasanya mulai sekarang aku kene pupuk dalam hati dan minda diri sendiri macamane nak terima kenyataan dan terima perkara buruk yang akan berlaku.dan aku kene sediakan  langkah berjaga jaga dan back up plan untuk sesuatu yang buruk bakal berlaku.hidup ni tak selalunya lawa.tak selalunya indah.tak selalunya berbunga bunga.aku rasa macam dah nak sampai masa hidup aku bakal menerima something yang hati and minda aku tak boleh control and terima.sesuatu yang aku takut bila aku dah buat keputusan dan komitmen satu masa dulu.dan keputusan tu aku tengok makin sirna je.walau apa pun risikonya aku kene redha.walau pahit macamana pun and menangis air mata darah sekalipon aku kene hadapi jugak kan.langit kan tak selalunya cerah dan terang benderang.belajarlah dari kesilapan yang lalu.belajarlah dari pengalaman yang lepas,aku boleh punye handle benda ni.aku kan kuat,aku kan gangster.

Ya Allah,permudahkanlah urusanku.
berilah yang terbaik untukku.
berilah jalan yang senang sesungguhnya aku bukanlah memilih untuk menderita sebegini
T____T

Wednesday, March 30, 2011

LAPAN untuk hari ini .


:1:
kadang-kadang kita akan melihat kawan yang ada di sekaliling kita bukannya semuanya baik.
kadang kadang juga kita hanya menilai kawan tu hanya di luaran sahaja.
tak pernah nilai apa budi dan kebaikan dia sebenarnya.
dan akhirnya kita akn tahu kawan yang kita tak suka satu ketika dahulu sedang
membantu kita dalam banyak perkara. T_T

:2:
dalam apa jua perkara sekalipun perempuan akan lebih bersungguh-sungguh daripada lelaki.itu adalah lumrah alam dan memang tak boleh nak bantah lagi.dan hari ini saya menyedarinyaT_T 

:3:
pentingkan diri itu penting dan kadang kala memang tak salah.

:4:
bukannya rendah nilai merendahkan diri dan cuba mengalah bahkan lebih tinggi nilainya dari orang yang berlagak tinggi maruahnya.

:5:
fikirkan diri sendiri sahaja sebab orang lain tak akan pernah fikir tentang diri kita secara ikhlas

:6:
sepahit manapun kenyataan,cubalah kita terima sebab mungkin nanti ada yang lebih manis dari yang pahit itu

:7:
tak akan ada orang yang akan menjaga kita sebaik emak dan abah kita sendiri yang menjaga kita.

:8:
carilah kepastian yang lebih pasti untuk memastikan kepastian yang lebih pasti kepastiannya.

Jannatulmizan Banon @ 4.42am


do you remember this place sayang ?
do you remember the air,the water,the sun,the wind and the scenery ?
did you know that im very happy at the time because you just sit close to me.
the-handsome-blue-belang-belang-tshirt-boy 
and
the-beautiful-red-smooth-flowers-baju kurung-girl.
we snapping the picture and then we're became shy shy cat . ouh sumpah gedikkkk .
i miss you MNZR !

cita cita baru lagi keee?

saya rasa saya ada cita cita baru,
cuti ni rasa nak kumpul duit mana yang mampu then
sem depan saya nak melancong pergi cameron highland.
dah lama tak pergi cameron.last pon masa form1 kott.tu pon tak stay sana.
okeyy! chayoo ! nak pergi jugak.
make it real .
individual trip
pasti heaven ! <3

Tuesday, March 29, 2011

DAY 1 SO FAR.

ASSALAMUALAIKUM :

hai reader(s) ape khabar semua , macam bangang je intro ni,macam la ade reader kan. Well,aku saje nak ucap selamat pagi eh eh eh mestilah dah tengahari kan.kau tau tak aku baru bgun kot pukul 12pm td.memang mengelabah la kan sebab aku missed class pagi tadi.takkk pelah,missed class pon bialah memandangkan aku pon baru skali ponteng class talent managemant.tadi bangun2 je aku terus termenung tak tahu nak buat ape.almost 1 jam lah aku termenung pandang syiling dengan jiwa yang sangat kosong.haishhh tiba tiba plak aku menyesal sebab buat perjanjian yang macam tu malam td.memang aku tak fikir panjang sangat lah bila aku bt perjanjian tu kan.then hati aku ni tiba-tiba nak sms dia.tapiiiii,mestilah aku malu doh.dah lah aku semangat yg buat perjanjian tu,tiba2 aku nak sms dia tak sampai 24jam lagi pon.mestilah rindu kan.tu lah padan muka kat diri sendiri sebab mengada ngada sangat buat mcm stail novel konon tak nak contact then tnggu sebulan jee baru jumpa.padahal hati meronta ronta kerinduan.terlajak kata memang tak boleh undurkannnnn.T_____T

so lepas 1 jam termenung dan asyik memandang hp je akhirnya aku berjaya bangun dan mandi.legaaaa betul sebab mandi memandangkan semalam lepas class aku tak mandi langsung.akibat tak mandi mestilah malam malam nak tido aku kepanasan.so aku decide tido kt lantai bawah kipasss sampai la ke pagi kol10.kol10 tu aku bgun then tido kt katil balik sampailah kol12.hah,memang cantik lah kan dah tau tulang rapuh mengada nak tido atas simen.lepas je siap mandi aku pg lah bukak laptop then bukak fb and blog.first step bila fb aku dah on mestilah aku bukak fb zihan dulu kan.tiba tiba aku ada hati nak tengok gambar2 yang dia baru uplod semalam.alahaiiiii mestilah rindu kan T____T.rindu pun rindu jugak,tergelak pon tergelak jugak sebab tiba-tiba aku click gambar dia,adalah satu dua gambar yang aku rase dia snap sendiri.haishhh,sejak bila pulak dia ni berkecimpung dalam arena snap gambar sendiri nasib baik lah comelll kan ^__^.cehhhhh,puji ni jiann.sila lah berterima kasih yeee. lagi satu nak puji sebab painting kamu sangatlah lawa.macam dah hampir siap kan.banggalah sebab pakwe saya pandai melukis ^_^.



okeyyy,satu improvement kmu dah pandai snap snap pic sendiri nih . hehehe ^_^


gud luck for your painting sayang <3

okeyylah.tu jeee nak update bt mase ni.kalau sy rinduu kmu nnti bukak blog kmu then bagi makan kt hamster kmu tu eh eh. sayang selalu kat kamu <3

MAHAkarya rindu .

dulu-dulu kan aku selalu memperlekehkan orang orang yang gila meroyan bila suami/isteri/bf/gf/skandals/or whatever je lah tinggalkan dorang.tak kisahlah tinggalkan dalam apa jenis cara sekalipon which is mati/break up.meroyan lah macam nangis2 separuh jiwa,ngigau2 malam terpanggil panggil nama dia,kencing malam HAHA,selalu berduka hati,hiba,sebakkkk seMAHA mungin dan jugak sampai sakit sakit sebab nak mati.kadang kadang sampai emosi langsung tak stabil.hatta bila someone yang kehilangan somebody yang penting dalam hidup dia pon sanggup jadi macam mayat hidup dan yang paling power sampai boleh tengok muka/bayang-bayang orang yang kehilangan tu disekeliling kita padahal dia ada jauh dengan kita.dulu aku fikir celaka dan sgt tak masuk akal lah semua ni.bagi aku as long as aku tak kehilangan family aku so aku takkan ada masalah macam ni.tapikan sekarang mungkin karma sebab aku rasa aku sedang mengalami masalah ni  dan aku rasa MAHA rindu dengan dia.even we're not break-up tapi sumpah aku tak boleh nak thru this situation.kau tahu tak rasa sebakk yang amat dalam sampai aku pon macam dah hilang arah.aku pon risau sebab ni baru di uji dengan long-distance relationship.cuba nanti kalau jadi kehilangan betul betul aormemang aku akan ditinggalkan,macamana aku nak lalui semua ni?  YESSS,im not gangster anymore .

oke , babai !

phailangnya !

aku pon tak tahu lah kenapa aku sekarang suka cari gadoh.
yaaa,betul betul betul suka gila cari gadoh.
mesti geram kan dengan aku . HAHAHA
well,minggu ni mood aku adalah mencari 
gadoh dgn sape sape je .
sorry to say , im so phailang sikit.
sila ingore saje perangai aku yg satu ni.
kadang-kadang main dgn api pon best weh.
sbb aku ni kan api kuasa dua,bukannye aku air pandai
nak mati matikan api ni.
SORRY kamu.
T__T

Sunday, March 27, 2011

8((

aku tak tau lah kenapa kan .
dalam dua hari ni ada je yang tak kene .
kejap elok,kejap tak.
kenapa eh?
serabutnye weh.macam tak de makna balik kg pon.

Saturday, March 26, 2011

FINAL .

okeyyy .
tak apelah kalau tak nak kawan betul betul .
tc and love you .

HEART TO GET HURT part 5 kottt .

rite.akulah pengungkit akulah penganjing.aku memang tak layak pon nak marah marah.yelah aku sape je kan.hidup dia buat pe aku nak masuk campur.buat malu aku jeeee.buat malu tau tak bila aku tiba tiba nak marah n merajuk last last kene marah balik.phewwww..ingat boleh la mintak dipujuk ~__~ marahlah marahlah,aku tak gentar pon okeyy.yee mmg aku tak layak masuk campur.memang,memang,memang ! ahhh,tak mahu dah membazir air mata tiap malam sejak malam 23 januari sampai malam tadi sebab rindukan kau ! kau tahu apa perasaan aku..aku pon tak kan tahu apa perasaan kau.sorrylah sebab tak jaga hati kau.sorrylah ni memang salah aku sebab aku mengada-ngada sgt.salah kau jugak sebab kau gedik ouh.

statement ini sgt berani mati sebab aku adalah seorang perempaun bermulut lancang dan phailang sikit.nilah diri aku sebenarnya.aku kan gangster puncak.sebab aku pon dah terlalu marah.aku tau kau marah kt aku jugak.ni first time aku marah macam orang gila wei.effect cemburu sangat memberi kesan yang mendalam melebihi segala-galanya.*mesti syoitan sedang bergolek ceria sebab dah berjaya mengaburi hati dan mata aku. WHAT WRONG WITH ME or WHAT WRONG WITH YOU ?? ehhh,imsorryforeverysinglethingsMNZR.

andai kata diri ini pon kau dah jelek nak pandang lagi kerana mulut jahatnya.tinggalkan jelah.aku sudah sedia sebab takkan kau nak dgn pempuan bermulut jahat mcm aku.sedihnya T___T . *ayat aku mcm kimakkk styrotypeeee sket. sorry okeyyy !

okey babai .

ni luahan perasaan tadi . tapi lain jadinya lepas 20minit .

alaaaaa,sorrylah MNZR.okeyyy,salah saya ~__~.saya jeee yg salah.salahaya jeeee.*syaitonnn terus menangis sbb tak dapat nak menguasai aku lagi.ak payah la guna sampai aku kau aku kau .tauching tahuuu.perkataan PANTANG lagi..amboiii takutnya saya.serius mintak maap lahh.sy tahu sy tak layak mempertikaikan bahasa you and i kamu dgn member kamu tu.okeyy tak pe,saya mesej kmu balik okey..dengan cergasnya menaip mesej 8))


"zihan,saya salah ke.okey saya mintak maaf."


harapan bila saya sent mesej ni kat kmu,kmu teros balas dan kite berbaik.


5minit


10minit


15minit


phewww isk isk . *how come tak balas kan. ouh lelaki memang egois !
alaaaa,memang lah mulut saya mcm hanjing tapi kamu yg mula2 gedik dulu sape suruh.tahu tak bertapa jelessnya saya.

okeyyy.tak peeeelahhh. tak kawan sudah,xder masalah T_T





Wednesday, March 23, 2011

HEART TO GET HURT part 4 .


You know someone is really your friend when you have a big smile on your face and they still know something is wrong.
 
what wrong with me?
please,i need a listener .

Saturday, March 19, 2011

bermunajat cinta

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

 Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

lagu MUNAJAT CINTA ni lagu kegemaran aku masa "im single dulu".dari zaman last-last kat poli sampailah pertengahan sem 2 UITM.tiap-tiap malam aku dengar lagu ni bila nak tidur.dan alhamdulillah Allah dah kirimkan seseorang yang baik hati untuk aku.Terima kasih MNZR <3

s i r n a

assalamualaikum.

hai,nama aku ijan yang sedang tiada mood langsung.i dont no why.serius tak tahu kenapa.atau mungkin aku sebenarnya sedang merindukan sangat semua kesayangan kesayangan aku TT__TT.bila tak ada mood ni keja ape pun tak jalan.sampai facebook pon aku menyampah nak bukak lagi dah.memang tak hingin nak bukak facebook sebabnya rasa rindu yang teramat dengan orang tu.so langkah yang terbaik bagi menghindar masalah ini adalah deactive facebook je lah.aku pun terasa hati dengan kakak aku si bunga tu sebab dia macam dah tak nak ambik tahu pun pasal aku  dan lgsung tak telefon akuTT___TT.okey,baru aku faham yang bila seseorang dah berkeluarga dan ada anak,maka orang disekeliling hatta adik sendiri pun turun sedikit kepentingannya.lumrah @___@.tiba-tiba rindu dengan anas and amar.dulu time mujib and kak zila tak pindah kampung lagi dorang selalu ajak aku jejalan and tolong dorang berniaga.tapi sekarang tak.dorang dah pindah and sekarang baru aku rasa ketiadaan dorang.tulahhh,hari tu masa saat2 akhir dorang kat sini aku busy gila.tak dapat nak tolong dorang.

nanti bila bila kalau aku lalu UM(universiti malaya) mesti aku teringat dekat mujib(abang aku).mesti akuteringat dulu-dulu aku belajar cari duit dengan abang aku kat sini.kalau lalu airport subang tu pon aku mesti teringat kat mujib and kak zila.tak payah cakap UM je.satu KL ni lau aku pusing-pusing aku mesti teringat kat dorang punya.tak ada lagi nak berniaga dgn dorang lepas ni.lepas tu mesti tak ada lagi life aku kt KL lepas ni.dulu salah satu sebab kenapa aku pindah uitm dari poli sebab aku nak dekat dgn mujib and tolong dia apa-apa.tapi kan bila mujib ada masalah hari tu aku tak tolong dia pon sebab aku busy and aku rasa aku sangat pentingkan diri aku.rasa bersalah sebab mujib banyak tolong aku bila dia senang and aku susah.mesti akan bagi duit belanja lebih bila aku tolong dia jaga anas and amar.masa aku tlong dia jaga kedai pun dia mesti akan bagi gaji lebih untuk aku.dia je yang paham apa cita cita sebenar aku.masa aku nak tukar uitm tu pon dia yang yakinkan abang diq tuk setuju aku nak pindah sini.banyak jasa dia kt aku sebenarnya.tak terkata.

time macam ni lah aku tersangat sangat rindukan keluarga sendiri.sekarang mujib n kak zila dah pindah kg atas sebab sebab tertentu.dorang nak mulakan bisnes and mulakan hidup baru kt batu pahat pulak.aku harap bila cuti sem nanti boleh la aku tolong mujib berniaga ke apa kan.now,baru aku tahu yang keluarga lah segala galanya bagi hidup aku.bila nak balik kampung ni jumpa anas ! TT___TT

abah

sejak akhir-akhir ni aku selalu teringatkan abah.aku fikir-fikir balik buat apa nak ingat kenangan kita dengan kawan-kawan sekola kalau kita tak ingat kenangan-kenangan kita masa kecik-kecik dengan family kita sendiri? kawan bagi apa?? bagi duit belanja? bagi duit bila duit ptptn habis? tak kan?

aku selalu cakap dengan fana yang bila aku masuk kelas ayah agi and haji wan mesti aku akan ingat abah aku sendiri.aku rase ayah agi and haji wan ade aura dan karisma yang tersendiri sama macam abah aku.bila aku fikir fikir balik dulu dulu kalau keluarga abah tak susah and open minded mesti abah dah boleh jadi SOMEBODY SOMEONE sekarang.mungkin pensyarah atau mungkin pegawai besar.aku tak nafikan yang aku rasa abah banyak ilmu didada even dia tak belajar tinggi mana pon.sejak akhir-akhir ni,bila aku masuk kelas ayah agi mesti aku sedih gila sebab aku teringat abah aku.ayah agi selalu sebut nama aku dengan nama abah aku.mungkin faktor family aku dan family dia,ayah agi ni macam havoc sikitlah.ada penah minggu lepas tu aku menangis diam-diam sebab tiba-tiba ayah agi ketawa-ketawa and dia menyanyi ntah apa-apa.mestilah aku teringatkan abah aku.abah selalu ketawa terbahak-bahak bila cerita kat kami sekeluarga.abah pon selalu cerita dengan lawak bodoh dia tu.lepas tu nyayi-nyayi lagu klasik zaman dedulu.rindu suara abah bila azan and baca al-quran.taranum abah mmg best.aku yang sebagai anaknya pon tak pandai bertaranum sama macam abah.aku teringat ade satu hari tu aku and abah tengok TV cerita nuzul al-quran peringkat antarabangsa tu.mengekeh-ngekeh aku and abah ketawa sebab taranum and lagu orang negro tu baca mcm harammm 8)) . geli hati betul lah.abah aku adalah seorang yang rajin bekerja and tak kedekut dengan anak-anak.abah pernah cakap yang walau macamana pun kami sekaluarga jauh atau pon ada masalah,keluargalah yang akn menjadi back-up and tolong kita.orang lain tak dapat nak bantu melainkan keluarga kita sendiri.walaupun abah garang and aku ada masalah dengan abah suatu masa dulu,tapi lama-lama aku fikir,kalau abah tak garang-garang and tak pukul and lempang aku dulu time skolah menengah mesti aku tak jadi macam sekarang.mesti aku jadi jahat-jahat even sekarang kadang-kala aku alpa dengan nasihat abah. tak ada orang yang akan jaga kita sebaik bapa kita sendiri.hargailah dia selagi dia masih bernyawa. abah aku dah berumur 63tahun dah . abah aku ada 12 orang cucu . moga dia panjang umur  dan satu hari nanti aku nak balas budi dia . semoga abah sihat selalu and satu hari nanti abah boleh rasa duit gaji aku and main dengan anak-anak aku nanti . <3

sayang abah HAJI BANON BIN HAJI MUFTI

Thursday, March 17, 2011

cita cita olok olok saya


assalamualaikum dan selamat pukul1.10 pagi waktu bumi

alangkah hinanya jika hidup tiada kemahiran apa-apa
alangkah hinanya hidup jika hidup tiada cita cita
alangkah bahagianya hidup jika hidup ada kemahiran tersendiri
alangkah bahagianya hidup jika dapat mencapai cita cita yang di impikan

bertapa cemburunya melihat orang yang berkemahiran tinggi dan juga menggapai
cita cita tersendiri.
untungnya mereka,mengapa nasib ini tidak ada dalam hidup saya.
kenapa?
apa yang tuhan nak tunjuk kepada saya?
apa kemahiran saya? dan juga mana cita-cita saya.
ya tuhan,sedihnya sedihnya.
kenapa cita cita yg dulunya digengaman,dilepaskan begitu sahaja?

mungkin cita cita saya akan tercapai tatkala saya sudah berumur 30an-40an barangkali.
ataupun mungkin saya tidak akan dapat mengenal pasti apa kemahiran yang saya ada.
setakat ini kemahiran yang saya ada ialah *mendapat A untuk subjek kemahiran hidup semasa PMR* T____T .

atau mungkin segala impian saya akan tercapai apabila saya berhenti UITM dan menukar course lain. @___@.tidakkkkkk,habiskan dulu disini.nak kene penampar dengan abah apa?

whatdefakkkkk,tolonglah memahami diri saya yg sebenarnya.
letihlah macam ni.
tak boleh nak capai cita-cita sendiri dan lepas itu cita cita terus terkubur dan dilupakan.
tak apalah,yang penting sekurang-kurangnya saya ada juga "cita-cita tak munasabah" setelah cita-cita sebenar tak tercapai dan kemahiran diri tak dapat dikenal pasti.
"cita-cita tak munasabah"
nak tahu apa?
sila la scroll kebawah.


tengok !

bertapa $____$ nya mata kan.
yaa,saya adalah mata duitan.
maha mata duitan.
maha maha maha mata duitan.
hatta,bau yang maha agung didalam dunia ini bagi diri saya adalah saat wang kertas berkepala agung yang baru keluar dari mesin ATM.pehh baunya boleh menenagkan jiwa dan raga.
semangatnya saya tampal keratan ini di dinding meja study saya sejak azali
bagi memberi semangat kekayaan dan mencapai *cita-cita olok-olok saya*

tapi hampa jika dilihat dari gambar diatas,tiada perempuan yang berjaya menerajui carta paling kaya di Malaysia.
fakkkkk,perempuan mmg golongan yg lemah dan tak tahu nak 
kalahkan lelaki eh *lempang lah aku laju-laju
tak apa,tengoklah nanti nama JANNATULMIZAN BANON akan ada di senarai itu.

betul ! sumpah ! kaya dengan duit sendiri bukannya dari harta mak bapak mahupun orang lain.
semangat !



Monday, March 14, 2011

kite sayang kawan kite

hello bufday girl yang pendek dan gemok persis mojako

WAN NUR SYAFIQAH WAN SUHAIMI

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to KAK BAT
happy birthday to you

kak bat yang annoying,selamat ulang tahun ke 20.
nampaknya kita sudah sama sama masuk ke alam belia T___T
jadilah someone yang berguna ye kak bat
terima apa je dugaan dgn tabah dan tenang
anggap itu semua ujian dr Allah.
jaga kesihatan,jgn bt benda yg bukan2 lagi.
ingat kita hidup bukan sekali,tapi 2 kali
kita hidup kt dunia,mati,then dihidupkan lagi.
semoge berjaya dunia n akhirat.
i love u more kak bat
i love u !!

A GREAT NUMBER OF SIXTH

dear my momot

MOHD NORZIHAN RAMLI

 i love u very much sayang
i love u every single seconds and minutes
thank for being my lovely boyfriend and always be my side
even the distance between us is so so so far but i always
 put your name deep inside in my heart.
when i miss you ,i just hold the necklace that you gave to me
and i told my self that one fine day,
we will meet up then we will make a lot of memories.


i hate the distance between us because its so hard to me.
i repeat my words, IT's SO HARD T___T
nevermind,i just pray to god that we will together later then
we can meet each other everyday.
i love you sayang , i love you more than you love me.
i promise that i will care with this relationship.
 
happy 6 month anniversary sayang
we have done a good job because we make a strong 6month relationship.
so far i think the bonding between us become more incredible !!
well done ijan and jian


sayang , jangan pernah berubah yee <3

with love : Jannatulmizan Banon
for my love : Mohd NorZihan Ramli
 



the beautiful MONDAY !

assalamualaikum dan selamat malam selasa !! ^^0^^

hari ini adlh hari isnin bersamaan dgn hari paling malas sedunia.T___T .hari isnin juga menunjukkan bhwasanya aku kene bingkas bangkit awal untuk ke kelas puan Roza subjek BEL311.pffffttt.class pkul 8 duh,mmg hidup segan mati tak mau lah.nasib baik la mlm td aku tdo agak awal sikit then boleh la aku bgun dgn jayanya.cehhhh.hari ni aku pakai baju kurung duh.semangat gila dgn semangat nak bergambar la kan.HAHA.aceli,mmg susah nk nampak aku pkai bju kurung.seminggu skali pon payah.pheuwww,mmg murtad melayu kan.alahhh i kan urban,u know urban?? i am a moden girl oke *gulppp sila lempang aku sekarang . T__T . lupekan topik ni .



sampai sampai je class bel,ko tau tak si puan roza tu buat exercise tok speaking test next week.pehhhh,aku paling xsuke n paling cuak nak buat speaking test ni. TIDAK TIDAK @__@ .aku adlh seorg yg very poor of speaking skill.menulis aku reti la jugak.tapi bab bab bercakap ni mmg aku fail lah T___T.dan tadi group aku kene buat pre-speaking test tu depan depan puan roza.pehhh mmg sentap.aku terase mcm nak bt bungee jumping je dr tingkat 5 tu.tapi tak pe akan aku redah jua cabaran ni.alahhh,aku kan KAK IJAN.small matter je bro.aku gagahi jua cabaran ini bersama-sama dengan zam n faris *pffffttttttt,gagahi jua konon selebet jer.dgn dorang duh ! aceli aku suke ajee sbb dorg ni sbb dorg terer speaking,so dorg ade jugak tolong2 aku bila aku bt muke kesian dan gedik. AHHH dasar lelaki cepat cair dan lembik.lemah betul golongan ni.skali sakat terus melting point . BHAHAHAH.tapi tak berjaya juga sebab result aku tetap hampeh lepas puan roza bg ktorang tgok markah pre-speaking test tu.aku just dpt 11/20.pfffftttttttttt !!! *masuk bakul sampah sekarang ! dasar anak kg xreti ckp omputih T___T . okeyyy , next thursday i will be better . aku target nak dpt 15/20 tahu ! chayoo ijan 8)).


lepas class bel adalah class ctu . ctu mean class agama.time time mcm ni nampak si fana bertudung litup persis muslimah.hehe.fana mmg lawa bertudung.entah bila agaknye dia nk bertudung ni.T___T.class agama mmg bosan duh.ngntuk pon ado.tapi disebabkan beg fana adalah doremon ade je gula-gula untuk merasuah diri sendiri dan juga rakan sekelas yg lain. HAHA. fana mmg raja segala gula-gula.sebab itulah salah satu knapa dia jd lesbo aku.aku kan bisex.prrfffftt caitpodah !.lepas class ctu tu mula la nak amek gambar sakan kan.kate diva kenelah ngada2 skit amek gambar *oke,bunuh aku skrg.dibantu dgn jurugambar secara bergilir-gilir so beginilah hasilnya. HAHA.

indoor :

outdoor :
macam cikgu cikgu kan kitorang ! 

ni fana dan juga dinni.

ni pulak syifaa.

sesi bergambar mmg mengada ngada lah kan. lepas tu ktorg terus pg makan.ouh yaa,nak cerita sikit ni,hari ni aku n fana makan nasi kerabu.PEHHH thumbs up up uplah !! mmg superb nasi kerabu tu.tiap2 minggu mesti 2 3 kali aku beli.lau tak beli mmg aku boleh mati kekejangan lah *wekkkbrughhhhhpt!.harganye pon murah sedunia.dlm RM3.50-Rm4.00 masuk lauk skali. murah la jugekkk. tapi kuantitinya agk ciputt. haiyaa ni mmg cara berniagalah sbb abg aku pna ckp kita tak boleh kasi kuantiti yg banyak kt pembeli sbb nnti rasa sedapnya kurang. so mmg betullah.

 nampak sangat serabut,tapi sedapp sedunia lah !

lepas makan tgari tu aku terus balik umah dan tido sampai la pkul4.30 kot.hahaha.dapat jugak aku tdo kan.mmg heaven semalaysia.okeyylah ni mmg boleh hira monday yg sgt heaven ^^_^^.kau ada? non-adooo kan.WAKAKAK.sila ketawekan diri sendiri.

sudeyy , babai !



Sunday, March 13, 2011

senja berlalu bersama hujan.

assalamualaikum dan ehemmm selamat senja .

tajuk saja sudah cukup membuktikan yang aku sedang melalui waktu waktu senja ditemani encik hujan.ohaiyooo mmg malas nak bangkit dr katil dan melakukan aktiviti -aktiviti lain.apa yg mampu hanya online saje.kalau ade yg menarik adelah,kalau tak ada just tengok dan menstalk. ouh yaa , tahniah kepada aku sbb dah berjaya tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH . pfffftttt . agak ketinggalan kan. member dok heboh pasal cerita tu.bagi aku biasa je.tak best mane pon.boleh la aku bg 3/10.kesian T__T

tengah dok aku on9 tu kan,tiba -tiba aku terus rindu kg halaman. iskk iskkk , rindunya ngn mamy n dady.fuki mek heng.mamy n dady bajettt KL la kan. bukan bukan.teringat dkt mak n abah.bila teringat dkt mak n abah mula la nk wt status bukan-bukan dkt fb.yelahhh,nak mencapub la katekan. HAHA .
alangkah indahnya jika sekarang sedang enak menjamah sukun goreng,pisang goreng,keledek goreng,keladi goreng,kentang goreng bercecah sambal kicap sambil minum secawan kopi jantan *caitttpodah upss ,kopi kapal apilah . hujan hujan begini di kampung mmg la sejuk sedunia tambahan makan didepan TV dan ditemani mak abah dan kucing-kucing yg sedang asek tidur akibat kesejukan . T___T 
lihat status saja sudah gedik nak bg penampar kan.apatah lagi org yang membacanye.mesti dorang ckp haiyooo mengada-ngadanya budak ni.publisiti murahan betullah.grrrr.fakkk la,suka hati gua okeyy.
lepas tu kan,mula la lapar gara-gara status aku tu. dekat puncak perdana ni mana la nak dpt keledek,keladi n sukun bagai tu kann T___T . mestilah tak.sayunya,macam nak balik kg betul2 pon ada.kalau time2 hujan macam ni mesti mak dah buat semua tu plus ade air kopi kapal api tu.tapiiiiii,disebabkan sudah terlalu lapar,aku pon bangkit bangun terjun dr tingkat 4. Ouhh tipu je,aku bangun and aku bukak loker aku tengok apa yang ada kan.kot2 ada keledek goreng ke? . dah bila aku bukak loker ternyata hampa T___T keledek goreng xdak pon @__@. yang ada cuma bubur segera. BUBUR SEGERA ?? how come ? kau tahu bubur segera tu banyak hajinamotorrrrr dan juge bahan2 perasa lain plus byk MSG semua . ouh sadisnya bila teringat dgn status aku td tgari kot :
mulai hari ini , saya nak menjaga diri sendiri dengan sebaik-baiknya dengan mengamalkan diet dan makanan yang seimbang dan berkhasiat . saya nak hidup lama dan kekal sihat seperti sekarang . cewahhhhh 8))
kau tengok kau tengokk ?? apemacam nak menjaga kesihatan kalau makan bubur segera ni ? cissss !! ni kalau aku betul2 makan mmg betul lah nyawa aku pendek satu hari.mula lah akal aku nak berfikiran tegang *nak makan ke tak nak makan ke tak ? . akhirnya nafsu menguasai segala galanya plus setan lompat lompat bintang sebab aku decide nak makan jugak bubur ni. mati cepat pon mati cepat lahhh. sok aku pg la buat exercise n makan ulam raja banyak2.nevermind,segala masalah dapat disettlekan *bungah !! . ala bukan selalu aku makan bubur ni ,last masa awal2 sem hari tu skali.masuk ni dah 2 kali . 2KALI ?? mak eihh,nyawa aku pendek 2 hari .redha redha *___*
so,aku pon masaklah bubur ni.aicehhh masak ke? just tuang air panas je kottt.
tadaaaa,dah siap pon.tak der la sedap mane pon.aku makan half terus tak makan lagi.kalau dulu time aku sem1 and sem2 ligat betul aku makan benda alah ni tapi sejak akhir-akhir ni kecintaan aku terhadap makanan2 segera terutamanya meggi dan bubur amatlah merundum sekali.caittttt,aku kene makan banyak ulaman-ulaman lepas ni.supaya awet muda dan cantik sentiasa *okey,muntah pink pink .
okey ! babai ~

Saturday, March 12, 2011

jadual hari ini .

1. bangun tido
2.basuh baju
3.lipat baju
4.makan
5.nak tengok cerita hantu kak limah
(doakan aku habiskan tgok cerita ni duh)
6.homework BEL
7.esaimen CTU
8.nak berenang hari ni.lw fana nak join , lw tak berenang kt toilet saje.
9.makan
10.facebook
11.facebook
12.blogwalking
13.tido.zzzzzzzz

TACING 100TAHUN

sekarang dia sudah tidak romantik macam dulu.
mengapakah ?
okeylah , jom bungee jumping dr 4B14 .
caittpodahhhh .
okeyyy , kene pasrah nampaknya.
macamane pakwe boleh jadi tak romentik mcm dulu.
kene google la nampaknye.
tak ape tak ape .
tak payah pikir.
buat dekkk je.


SEPARUH JIWAKU

hi & assalamualaikum .

perasan tak skrg aku sangat la rajin berblogging.yelahh,dah tak busy sangat kan skrg.so ape lagi blog aje la eak.malam ni kan malam yang sangat eww-eww kot sebab aku bkak lagu2 indoh.jiwang macam jahanam je.mula la nak berseparuh jiwa kan.dan yg paling pasti mestilah aku rindu gila dgn zihan bila dgr lagu  lagu ni semua.alolololoh,knpe mesti rindu,kenape,kenape??


kenape? mestilah sebab sayang kan. yupp,sebab dah terlalu sayang duh.dah tak boleh patah balik and aku tak kan sesekali patah balik.so whatever the difficult situation now,just accept it and redha.mungkin sekarang kami bersusah susah.mane tau satu hari nanti kami tak payah lalui keadaan yg macam ni lagi.perit ouhhh long distance relationship ni.hari hari aku menangis TT___TT. WTH nak nangis , aku kuaq air mata jeee kalau nak tidur tu sbb teringat mak abah n zihan sekali.kene byk2 bersabar.bagi aku apa yg penting if we are in long distance relationship-eww-eww are trust and keep in contact. jangan sesekali putus line.maksud aku jangan sesekali kita tak mesej/telefon/berlaman sosial(facebook,chat etc). semua tu penting.the thing is once kau tak percaya couple and buat tak endah je couple kau alamat lah mmg MERANA jawabnya.
 
aku sangat hargai apa yang aku hargai sekarang.cinta aku bukan untuk perlekehkan duh.cinta aku cinta betol betol kau tau. *muntah darah. pehhh,semangat aku wei,lau kakak2 n abang2 aku bace blog aku ni mampus kene gelak2 kat umah kene bahan.kau boleh paham tak perasaan dimana kau jumpa lelaki mana pon or perempuan mana pon kau tetap tak heran. kat pale hotak ko tetap ingat kt dia which is boifren/girlfen kau.bagi kau boifren/girlfren kau la yg paling ngetop and kau akn sentiasa nak tahu apa yang dia buat.this is called CINTA-erkk-erkkk.

aku tak dapat bayangkan la orang2 yang banyak skandal n pakwe/makwe , macamane dorang layan satu satu ar? kalau anak anak agas nak berpasang ramai okeylah.otak masih lg senteng.tapi kalau dah besar2 panjang memang lekeh no nampoknyoo. then aku tak paham kenapa org suke sgt guna istilah skandal . SKANDAL?? bullshitt wei ! pegi jahanam la. kau tau apa makna sebenar skandal? skandal tu pasangan yang buat hubungan senyap senyap dan di dalam gelap means dorang buat seks walhal masing2 ade permenant couple. tu baru skandal betul. kalau skandal taraf taraf anak agas sgt la LAME. bangga sangat la konon kan.

cinta yang paling agung adalah cinta yang gagal dijadikan sebagai panduan untuk mencari cinta agung.tapi cinta yang berperihalkan kertas yang ada kepala agung adalah cinta yang sangat tak agung .

cuba tengok kat gambar kat atas ni. macam kene dengan jiwa aku duh.cuma percentage dia divide jantung tu silap sikit.patutnya ade part untuk family skali kan. barulah fair n square

upssss,entah apa apa aku mengarut ni kan. errr-errr rndunya dengan pakwe sendiri.kau tahu kitorang lame tak jumpa.kau boleh bayang tak macam mane perasaan aku.dah la aku ni ****(ewww). how come perjalanan cinta aku agak tacing setacing-tacingnya ni. tak pe,sabar sabar dan sabar. yang penting jian syg ijan dan ijan syg jian kan. enufff.

okeyylah , dah tata awak <3

SATURDAY MORNING WITH CRYING .

hi & assalamualaikum kalian .

selamat berhujung minggu semua . sabtu yang macam heaven sikit berbanding minggu lepas kot. syukur alhamdulillah.pagi sabtu ni class aku ade test subject talent management ngn Cik Tunku Marina.Test ni dah lame di tunda sebab kan class aku ade buat promosi filem tu.haihhh,aku dr hari tu mmg da bace sikit2 nota die so mlm td aku malas la nak bace kan.bajet dah hapal semua.AHHH, pembajet la kan.aku bangun awal doh.test janji pukul9 then aku bgun kol8.40.mmg terbaik la aku siap2 mcm tu je.pukul9.05 aku kua dr uma then bila aku jalan aku nampak ila,khel n zam kat gazebo. Aku tanya kenape xmasuk class,dorang cakap cik marina xsampai lg baru otw . podahhhhhhcaittt.penat aku siap awal2.
ouh si donkeyy,kenapa muka kau comel sangat.jeless tgok gigi kau yg tersusun rapi.gigi palsu eh?buat kt mane? annoyingnya muka kau !

punya la tunggu punya tunggu sampai dini,syifaa and fana sampai tp lect kami xsampai2 gak.so kami amek kptusan masuk je dlm class.sampai kt class dlm 20minit kami tnggu last2 dini naik then bgtau yg cik marina ade hal jap n die bg RM50 soh kami srapan dulu..cehhh pehhh mmg best la kan lect blanje.tak penah2.so kami pon turun makan makan dengan hati yg sgt girang skali.



masa tengah makan tu kan, ktorg dok la satu meja panjang. aku dok sbelah zam,kanan aku fana and depan aku faris.mase ktorang mkn2 tu tiba2 banyak kucing yg dtg kt ktorang.peh kucing tak nak stok manje2 kan.menyampah aku tgok kucing gedik2 ni.mcm nak kene lempang2 je. si zam n faris asek panggil2 kucing tu je pastu cerite2 pasal kucing.cehhh bajet ! cerite macam aku tak tahu ape2 pasal kucing. aku pon diam and tgok je kucing yg gedik2 tu.dlm hati aku mestilah aku teringat ngn kucing2 aku kt umah tu TT_____TT . sedihhnya,sedihnya rindunye ngn RAIHAN and AMAR *name kucing aku .
 aku lah si gagah . kau ada pedang mcm aku ? hah loserrrrr.

aku ni geramlah si zam n si faris tu asek cerite pasal kucing je . so naluri aku asek terpanggil2 nak kacau kucing yang tengah makan tulang kat tepi meja ktorang. aku bangun and pg kat kucing tu . then aku cangkung n usap2 bulu kucing tu . heihhhh , geramnye aku ngn kucing tu . aku ni jenis yang suka sergah2 kucing . lagi kucing tu gedik lagilah aku suke kacau . aku cekik2 kucing tu.aku tampar2 die,aku penyek2kan muka dia,aku tumbuk2 badan dia.aku buat ape2 je lah sbb aku dah geram gila ngn kucing.tapi bukan aku menyeksa kucing tu dan geram bukan sebab aku benci kucing tapi aku sgt SAYANGGGG gila ngn kucing . TT____TT

so nak dijadikan cerita lepas aku mainkan kucing tu tga makan . aku tolak2 la bdn kucing tu. aku tolak pelahan2 bukan nye aku menyeksa kucing doh . aku tau limit aku.aku tau kucing tu xrase sakit pon.dan dengan tiba2nya zam marah aku n tinggikan suare kat aku. faris pon sama.aku pandang muke zam dengan renungan yg tajam dengan pelikk gila.pukimakk asal mamat ni nak tinggikan suare kt aku n dengan muka garang dia kt aku .

zam
aku geram betullah dengan kau ni. sejak hari tu lagi.kenape ek ko suke kacau kucing
kau suka seksa kucing !

faris
ntah kau ni ijan,kau mmg tak boleh jadi pencipta binatang betullah.semua kucing nanti takut ngn kau.

aku
kenape,aku bukan bt ape2 pon.aku main2 je.wei zam ape aku dah buat dr hari tu?

zam
yela aku geram sebab hari tu kucing tu tgh menyusu kau sergah die.dah lari kucing tu.

faris
tak baik nye kau ijan, mmg tak berhati perut la ko ni.
KAU MMG TAK LAYAK JD PENCINTA HAIWAN.

aku
???????? errrr , wei hari tu aku just main2 je wei. aku suke tgok bila kucing tu lari2 kan nanti geli hati.
apelah

zam
@#%^*())*&%^%$#@@#$%^&

faris
^*&)_(*&^%$##$%*&*(*(&^%!!@#$

aku
pehhhhhhh,melampau la korang.kau tak kenal aku lagi.aku sayang doh ngn kucing !
aku suka gila ngn kucing.kau tak kenal aku lagi.kau try tnye mak n bapak aku betape aku syg gila kt kucing.
*(*&%$^&&%$#%&*(_)_&%$#@@,CAITTPODAHHHH!

zam dan faris
(tetap lagi melawan n downkan aku)
)(*&^$#%^&*()((&^##%^&*())

aku
ahhhhhhhhhh geramnye aku (terus aku palingkan muke)
then tekalah aku buat ape.

tekalah tekalah tekalah . mestilah aku menangis . aku menangis gila gila kot sampai air mate ni xbenti menangis.sampai terbantut aku nak makan.then fana n yg lain pon terpingga2 knpe aku menangis.semua org bising2 dah.time tu mula la faris n zam rase serba salah.mula lah nak mintak2 maaf bagai.geramnye aku. korang mmg salah anggap kt aku lah. ni mizan la.mizan yg sangat sukekan kucing.aku takkan tunjuk aku suke kt kucing kt semua org.sape yg kenal aku je tau betapa pentingnya kucing dlm hidup aku. aku main2kan kucing,penyek2kan kucing tu sebab aku geram gila ngn kucing.n bulu kucing tu.lau kt umah mmg kucing aku bawak tidurlah.aku cium2 dia.kau tau tahu zam betapa aku,adik  n abg aku merana kalau kucing aku mati.kalau kucing jalanan yng kurus2 tu xde tmpat perlindungan.gerammmmnya.gerammmnya ngn kucing TT__TT rinduuuuuu .

  tidakkk !! kak ijan saya tak bersalah . saya tak hapuskan jerry. tom yang gigit dia.

hmmm, ila pon mungkin akan kenal aku sbb tiap kali aku jalan dkt atm nk kuakan duit ade la sekor kucing yg sangat pemalas ni kt tepi kerusi. kucing ni mmg pemalas doh.dah la hodoh tapi bulu dia lawa lagi.hahah kesian aku pnggil die hodoh.xde la hodoh sgt tapi mata dia cantik ahh.bila jumpa die je mesti die tga tidur.dasar kucing pemalas gila.aku pon mesti akn pg kt kucing tu aku dukung dia,aku belai2 dia, then mula lah perangai jahat aku . penyekkan muka dia,pegang2 badan die,lempang2 pastu kacau2.hahhaha puas aku.nnti ila mula lah start "ijan,apelah kau ni" "ijan janganlah" pastu ketawa2. fana pulak mesti dah kenal aku sebab aku akan bagi nama kt kucing setiap yang aku jumpa kt puncak.nanti dia gelak2 sebab nama yg aku bg kt kucing tu semua nama2 melayu .hahahah.kan dalam hati aku punya naluri binatang yg amat syg gila kt kucing.sape je yg tau ?? zam n faris tak tau semua tu.

 urut kuat kuat sikit la kucing hodoh.aku kan kucing kacak setampan justin timberlake

dah lepas makan tu , faris n faris buat gimik pulak . die amek kucing tadi and die hulur rgn kucing tu mintak maaf kat aku. wakakakakah,terus ketawa ketawa aku. pecah gegendang telinga kucing tu . lepas tu ktorang terus kekelas dengan matlamat nk buat test cepat2. and kt dalam test tu alhamdulilah aku boleh jawab jugak lah.test je pon.HEHE .

 akulah mr.max can datang dari zizbabwey.aku lah peluncur ais terkonal.

okeyy sudahlahhh. saturday morning semata2 pasal kucing.ouh jaga2 kucing puncak.kak ijan part 3 akan dtg menyerang korang.

dah,babai !