My photo
saya begini dan saya bahagia .

Sunday, April 3, 2011

HIDUP INI UMPAMA FILEM?

assalamualaikum ,


hai guys, aku sangat senang hati hari ini sebab aku rase aku dah dapat kekuatan.kekuatan ape ? biar Allah saja yang tahu.dis weekend ni memang agak critical sikit sebab aku banyak main dengan perasaan aku. so far,aku rase aku boleh go on lagi even memang perit doh aku nak terima sume ni.kadang-kadang aku fikir,lepas ni aku hanya akan sayang orang yang betul2 ikhlas sayangkan aku je.aku tau hidup ni tak selalunyanya lawa,tak selalunya cantikk dan tak selalu ada pelangi.aku pakai spirit2 aku mase aku motivate kawan2 aku bila dorang ade masalah and sekarang aku guna spirit2 tu untuk aku motivate diri aku sendiri.malam ni aku sempat berfikir yang aku nak hidup aku ni macam jalan cerita kt filem , BOLEH TAK?

kalau lah aku boleh jadi pengarah dalam cerita hidup aku ni dah lama aku mengarahkan sesuatu filem yang endingnya memang best and positive ending.kalaulah aku seorang penulis skrip untuk jalan cerita kehidupan aku ni dah lama aku tulis skrip yang endingnya semuanya bahagia,semuanya cantikkk je.macam tu jugak dengan plot skrip jalan kehidupan aku,kalau boleh plot tu aku tak nak klimaknya terlalu derita dan jugak complicated.kalau klimaks nye derita dan juge susah mane pun aku akan pastikan ending or peleraiannya akan wangi secantik bunga ros .hehehhe.dan kalaulah aku seorang pengarah seni kepada cerita ni dah lama aku pilihkan watak confidant and confidante untuk heroinnya.sebab sekarang aku rase aku tak ada confidant dan jugak confidante yang betul boleh jadi kawan aku.T___T . ouhhh ya,aku ni mimpi je,hidup tak kan sama dengan filem la ijan oi.

back to basic,rasanya aku dah buat banyak silap and banyak dosa sebab tu lah Allah tarik balik rase cinta si hero kepada si heroin.sedangkan si heroin tak pernah pon berubah cintanya kepada si hero. ni ujian kot T_T.Allah nak uji kemampuan emosi dan hati aku setelah aku diuji dengan 3 kali ujian sebelum ni. *ayat nak sekemaaa je kan.ataupun sememangnya aku silap langkah sebab jadi perigi mencari timba almost 7 bulan lepas tu.rasenya cukuplah setakat ni jee,tak kan aku nak jadi perigi mencari timba je kan.

tak apalah,aku just redha je.pasti akan ada jalannya.kalaulah memang si hero sayangkan si heroin mestilah si hero akan cari si heroin kan.dan sebagai heroin,heroin pasti akn tetap menunggu si hero walaupun lama berjuta tahun.T_T.itu hukum dalam filem n novel ijan.kat realiti tak macam tu lah ijan T_T.tak pe,percaya pada jodoh and pertemuan semua di tangan tuhan.cuma yang aku terkilan,jangan lah berjanji kalau janji tu tak boleh ditunaikan yaaa ? dan janganlah buat orang lain gantung tak bertali.tak baikkkk T_T .ini bukannya stok dimintak simpati tapi hanya luahan perasaan sahaja okeyy.apa yang boleh aku buat just support si hero untuk terus berjaya dan berjaya walaupun im a silent fan on his artwork.hehe.selagi apa yang boleh aku tolong,aku akan tolong dia walaupun pertolongan tu tak lah seberapa.aku nak tengok dia berjaya selari apa yang dia usahakan.itu cita cita dia.itu hidup dia.i'll understand.

so now aku perlu mendekatkan diri pada-NYA. cehhhhhh bajet betul kau mizan ! tapi betul dan redha je apa yg jadi lepas ni. pasti ada yang terbaik untukku yg tuhan dah janjikan. buat yang terbaik untuk exam ni and lepas exam tolong kat warung baru abg aku. berbakti dengan keluarga lagi penting.

ya tuhann,tolonglahlah jangan buat jalan cerita hidup saya menyedihkan yee,sy janji sy tak akan annoying lagi. *boleh doa mcm tu kee ? HEHE

saya gembira bila orang-orang yang saya sayang bahagia dan berjaya . i mean it !
semoga ada ending yang terbaik dalam hidup JANNATULMIZAN BANON . 
i will always love him . i do wait for him . i do and i always do <3

No comments:

Post a Comment

anda komen anda jadi gangster macam saya !